Posts

Takdir & Usaha

Usaha kemudian Tawakkal kepada Allah Terdapat sebilangan orang Islam yang terkeliru tentang konsep takdir (Qada’ dan Qadar), yang mana mereka beranggapan takdir mereka telah ditentukan oleh Allah s.w.t. sejak azali lagi dan dengan itu tidak perlu berusaha. Hakikatnya, setiap manusia tetap berkewajipan untuk berusaha dan berikhtiar kerana semua perkara ditentukan oleh Allah tetapi manusia diberi pilihan-pilihan untuk mencorakkan hidupnya sendiri. Nabi Muhammad s.a.w. bertanya kepada seorang Badwi yang meninggalkan untanya tanpa ditambat, “Mengapa kamu tidak menambat unta kamu?” Orang Badwi itu menjawab, “Aku serahkan takdir dan bertawakkal kepada Allah s.w.t ” Nabi Muhammad s.a.w. kemudiannya menjawab, “Ikatkan dahulu unta itu, kemudian barulah bertawakkal”. Sesungguhnya umat Islam perlu percaya pada Qada’ dan Qadar Allah, dan perlu berusaha demi mengelakkan malapetaka atau mengurangkan risiko menanggung kerugian, dalam kes di atas, mengurangkan kebarangkali
Image
Ayat Kursi paling agung dalam Al-Quran Oleh ABDUL RASHID AHMAD Jabatan al-Quran dan al-Hadis, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya FIRMAN Allah bermaksud: "Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Keupayaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa yang di hadapan dan di belakang mereka dan mereka tidak mengetahui apa pun daripada ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara kedua-duanya dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar" (al-Baqarah: 255). Ayat ini dikenali sebagai ayat Kursi, ayat yang paling agung dalam al-Quran, malah ia disebut sebagai penghulu bagi seluruh ayat al-Quran. Dari segi sejarahnya, ia diturunkan pada waktu malam. Pada ketika itu juga Nabi memanggil Zaid selaku penulis wahyu untuk menulisny

muzakarah 6 sifat unggul para sahabat yang perlu ada dalam setiap diri umat masa kini!!!!

MUZAKARAH 6 SIFAT SAHABAT R.A Ulama’ kita telah gariskan , Kejayaan Umat ini , dan Umat akan datang Adalah apabila mereka mengikut jejak para sahabat R.A Kerana mereka di cintai Rasulullah SAW “Apabila kamu ingin meniru, maka tirulah mereka yang telah mati ( sahabat2 R.A ) - Hadis Sahabat R.A dapat title R.A , yakni kehidupan mereka di dunia , Allah telah redha dengan kehidupan mereka di dunia. Kita umat yang sama, macam mana nak jalani kehidupan di dunia ini Dengan dapat redha Allah, maka kita kene ikut jejak para Sahabat R.A “ SahabatKu Umpama bintang di langit, ikutilah mereka, nescaya kamu tidak akan sesat ” – hadis Jadi , Ulama’ telah gariskan beberapa perkara supaya kita dapat mengikuti jejak langkah mereka yang mulia. Umumnya, Sahabat R.A ada 6 sifat yang mulia, iaitu : 1. Mereka ada hakikat Yakin atas kalimah LA ILA HA ILLA ALLAH, MUHAMMADUR RASULULLAH 2. Mereka ada hakikat solat yang khusyuk dan khuduk 3. Mereka ada hakikat ilmu dan zikir 4. Mereka